February 4, 2009
This blog is no longer exists.
Dia da get over.
Sume post yg slalu aku bc, abis xde.
Itu je yg tinggal. Skrg lgsg xde ape…haih.
Aku bile?
Filed by ohhrasaoren at 5:52 pm under Kekalutan Emosi Diri
No Comments
Dia da get over.
Sume post yg slalu aku bc, abis xde.
Itu je yg tinggal. Skrg lgsg xde ape…haih.
Aku bile?
Filed by ohhrasaoren at 5:52 pm under Kekalutan Emosi Diri
No Comments
Yuh.. kemungkinan.
“Kalau aku berhenti, ko berhenti jugak ke?”
- “hmm. x. biar dulu. saya stay dulu. Kalau everything, boleh handle. Xde masalah.”
“Bagus.” - angguk kepala.
Art Director? teeeeettt. pu..pu..pu..
Filed by ohhrasaoren at 11:10 pm under MEN at WORK
No Comments
Bangang! Itu perkataan aku tujukan kepada Madam Soon.
Mungkin dah ditakdirkan makin tinggi pangkat seseorang, makin cetek tahap pemikiran. Lebih-lebih lagi kalau dah tua.
Itu pendapat aku. Masuk tahun kedua aku buat Annual Report untuk Melewar Industrial Group Berhad. Yang mana tahun berturut jugak Madam Soon ni handle. Perempuan cina tua yang fussy.
Moga-moga eksiden la ko petang ni. Putus tapak tangan, biar tak boleh pegang chopstick dah.
Filed by ohhrasaoren at 1:38 am under MEN at WORK
No Comments
Bila harapkan hujan, tak pulak turun hujannya.. haih.
Hari ini, aku pergi kerja berhantar. Mem ada company diner. So dia nak pakai kereta. Maksudnye balik kerja kena naik public transport lah. Itu aku tak kisah sangat. Lagipun dah lama tak menggunakan servis awam ni. Lepas saja kurang 100 meter aku berjalan [dari tempat aku turun dari kereta di Jalan Kepong], Mem telefon. Dengan nada tak puas hati.. Dia sesat terlajak junction. Itu pernyataannya. Huhuhu. Alamak, dengan tahap kesihatan hanya pada tahap 7/10 akibat sakit tekak, dan tidak mahu spoilkan mood hari bekerja. Aku dengar je la bebelan. Dalam hati, sendiri bawak kereta sampai silap jalan, aku pulak disalahkan. Sudah aku cakap ikut signboard Jalan Ipoh. Kalau dah silap buat saja pusingan-U. Adolaaa… Teh o Ais kedai Pakcik depan menenangkan keadaan…
Sakit tekak berlarutan sampai jam 2.30 petang. Sampai bila officemate aku belikan Sterpsils yang aku pesan pagi tadi ketika buat job dia. Sekarang sakit tekak agak berkurangan. Dah lama aku tak dijangkiti Tongsilitis ni.. harap-harap tak melaratlah. Sekejap lagi aku akan naik teksi. Menuju ke stesen komuter dan akan bertukar ke Putra LRT atau Star LRT. Belum aku decide lagi. Harap-harap pemandangan petang ini indah indah belaka.. Ngeeee.
Filed by ohhrasaoren at 1:47 am under Kekalutan Emosi Diri
No Comments
Lunch break time. Tatau nak pegi makan kat mana. Tadi sebelum loceng berbunyi aku sempat g baca forum..baca punya baca aku end up kat satu blog yang agak lama dah aku x singgah. [Stalker Mode] Belek punya belek.. ada update utk tahun 2008. Last posting on July kalau x silap. Hmm.. dia dah menulis balik. Baguslah. [Stalker Mode]
Aa.. lately tidur aku selalu didatangi siri-siri mimpi yang wat aku berfikir lepas aku terjaga. Dalam mimpi tu ada beberapa orang yang aku kenal. Masuk mimpi malam semalam, dah 3 orang yang berlainan dalam mimpi yang berlainan yang aku mimpi dalam masa terdekat ni. Waktu aku tidur lunch break pun orang tu sempat masuk dalam mimpi aku. Hmm.. dan malam tadi terjaga dari mimpi kul 3.++ pagi. Mimpi tu agak pelik tu wat aku terus gi cari air minum dan wat aku merokok kat depan tv sekejap. Tempoh sebatang rokok tu aku gunakan untuk berfikir pasal mimpi tu. Tapi abis rokok tu aku sambung tidur balik la.. uhuhuh.
Aku nak gi cari makan kejap..
Sudah makan, megi goreng dengan teh o ais.. mengantuk la pulak..haih.
Raya, yang paling penting tahun ni pagi raya aku x kene sengat dengan lipan dah. Huhuhuh… Tahun ni pertama kalinya aku beraya di Kuala Lumpur sebagai suami. Xde beza sangat rasanya. Yang beza cuma juadah pagi raya tahun ni, Nasi Beriani made by staff-staff bangladesh yang kerja dgn bapak mertua aku. Makan pun kat stesen Petronas. Haha..itu sesuatu yang baru la. Petang raya pertama tu beraya pulak kat kampung mak mertua kat Tampin. Dapat la aku melantak lemang dan rendang orang Negeri Sembilan. Raya ke4 baru balik Parit Buntar umah orang tua aku. Bagus jugak raya kat Kuala Lumpur dulu tahun ni. Atleast nak balik utara jalan x sesak. Tahun ni aku melawat kubur arwah mak aku dengan wife. Pilu jugak mengenangkan arwah mak aku x sempat jumpa menantu die..hmm. Selamat Hari Raya.
Filed by ohhrasaoren at 10:44 pm under Kekalutan Emosi Diri
No Comments
11 tahun lepas punya memori boleh dikatakan 40% tiada dalam ingatan aku. Paling mencemaskan aku langsung tak ingat En. Fazleigh. Zero langsung input pasal die. Pelik dow.. di sebabkan dia cool, dia pun macam faham dengan keadaan STML aku ni.
Ramai geng geng wat jahat dapat bekumpul balik, bercerita la perangai masing masing masa kat sekolah. Gelak sampai sakit perut. Dapat jumpa geng-geng ponteng sekolah dulu. Cerita balik benda benda jahat penah buat. Seronok weh.
Sekarang mostly masing masing da ada anak bini, yang bertunang, yang keje bawak kapal, keje kat negara orang… Haih!!
Dari pagi 11.30 aku sampai kat Glory Beach Resort aku stay sampai kul 3 pagi.
Aku pun x paham ape aku tulis ni, mengantuk sebenarnye…uhuhuhu
Filed by ohhrasaoren at 9:57 pm under Kegilaan Bersama Kawan
2 Comments
batikspank telah di naik taraf dengan wujudnya blog batikspank. Oleh itu, semua posting terdahulu yang berkaitan dengan batikspank didalam blog Cakerawala Jingga in telah dipindahkan ke http://batikspank.blogspot.com dengan jayanya. Harap maklum!
Filed by ohhrasaoren at 11:32 pm under batikspank
No Comments
Yeah! batikspank sudah mula production. 1st design dah siap pada hari Ahad lalu. Tetapi, ada problem sedikit. Final product tidak sama warna dengan design yang aku buat. Color tidak match. So, aku nak kena cari jalan penyelesaian. hmm..
Filed by ohhrasaoren at 12:41 am under batikspank
No Comments