October 22, 2008
Antara Signboard dan Teh O Ais, Strepsils dan Public Transport
Bila harapkan hujan, tak pulak turun hujannya.. haih.
Hari ini, aku pergi kerja berhantar. Mem ada company diner. So dia nak pakai kereta. Maksudnye balik kerja kena naik public transport lah. Itu aku tak kisah sangat. Lagipun dah lama tak menggunakan servis awam ni. Lepas saja kurang 100 meter aku berjalan [dari tempat aku turun dari kereta di Jalan Kepong], Mem telefon. Dengan nada tak puas hati.. Dia sesat terlajak junction. Itu pernyataannya. Huhuhu. Alamak, dengan tahap kesihatan hanya pada tahap 7/10 akibat sakit tekak, dan tidak mahu spoilkan mood hari bekerja. Aku dengar je la bebelan. Dalam hati, sendiri bawak kereta sampai silap jalan, aku pulak disalahkan. Sudah aku cakap ikut signboard Jalan Ipoh. Kalau dah silap buat saja pusingan-U. Adolaaa… Teh o Ais kedai Pakcik depan menenangkan keadaan…
Sakit tekak berlarutan sampai jam 2.30 petang. Sampai bila officemate aku belikan Sterpsils yang aku pesan pagi tadi ketika buat job dia. Sekarang sakit tekak agak berkurangan. Dah lama aku tak dijangkiti Tongsilitis ni.. harap-harap tak melaratlah. Sekejap lagi aku akan naik teksi. Menuju ke stesen komuter dan akan bertukar ke Putra LRT atau Star LRT. Belum aku decide lagi. Harap-harap pemandangan petang ini indah indah belaka.. Ngeeee.
Filed by ohhrasaoren at 1:47 am under Kekalutan Emosi Diri